Lirik Lagu Keliru - Lil J feat. Ara Johari

Lirik Lagu Keliru - Lil J feat. Ara Johari - Hallo sahabat Musiculture, Pada artikel ini kamu akan mengetahui lebih banyak tentang Lirik Lagu Keliru - Lil J feat. Ara Johari, mengenai Artikel Uncategorized, Untuk lebih jelasnya simak ulasan lengkap dibawah ini.

Judul : Lirik Lagu Keliru - Lil J feat. Ara Johari
link : Lirik Lagu Keliru - Lil J feat. Ara Johari

Baca juga


Lirik Lagu Keliru - Lil J feat. Ara Johari

Keliru…keliru…

Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu…dirimu

Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku

Terasa berat tanggunganku menatang rindu

Acapkali kau menjelma di dalam fantasiku

Di serambi pilu terdiam membisu

Sedekad yang melewati ku kekal keliru

Bertanya mengapa di mana kau berada

Berserakan soalan bercerana dalam dada

Mengapa kini kau puncanya segala dilema

Mengapa kini kau puncanya ku lena tak lena

Takkan ku lupa detik jeda berlima

Mengharungi dunia ku terharu terkesima

Walaupun seketika kau satunya adiwira

Segenap daya melimpah kasih dan ku terima

Namun begitu segalanya sementara waktu

Menora menjerat ku diperdaya termin lalu

Pilihan digentas tanpa ruang untuk ku rayu

Kesudahannya sayu bila dibayang namamu

Keliru…keliru…

Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu…dirimu

Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku

Teringat dahulu kala kau pernah mengajar

Ku dituntun erti bersabar tika berlapar

Dijadikan iktibar agar tak tersasar

Tak dikasar pun tercalar perih apakah wajar

Sejak detik terpisah tak sekali pun dikisah

Cuma dibalik kaca kau cuba berani singgah

Mencerap tanpa kesah, serta mengunci lidah

Tiada tahniah, tiada hadiah, tiada khabar yang indah

Sanggupkah kau melihat ku terluka

Sendirian tanpa dirimu ku keliru

Ku biarkan pintu hati terbuka

Menantikan kepulanganmu

Keliru…keliru…

Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu…dirimu

Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku

Teratak kita kelam dan sunyi

Masih berpenghuni cuma bagaikan tersembunyi

Pelbagai derita dalam hasrat mencita

Hidup lama gelita tiada lagi yang jelita

Tanpa raja yang disisi mama mengambil posisi

Percayakan intuisi tanpa mengira kondisi

Meski mimpi ditangisi kerap membutakan visi

Apa maksud mithali ku tercari definisi

Darah sama darah takkan dipisahkan

Ku pasti ada yang mahu kau ceritakan

Di bawah neon berkepul berbilion ion

Bergelut cari zion jah beri ku perhatian

Keliru…keliru…

Mengapa dalam terluka aku masih merindu dirimu…dirimu

Apa khabarmu di sana, adakah kau juga merinduku



Demikianlah Artikel Lirik Lagu Keliru - Lil J feat. Ara Johari

Sekianlah artikel Lirik Lagu Keliru - Lil J feat. Ara Johari kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lirik Lagu Keliru - Lil J feat. Ara Johari dengan alamat link https://mymusiculture.blogspot.com/2021/10/lirik-lagu-keliru-lil-j-feat-ara-johari.html